Sunday, 11 November 2012

Sampaikan Rinduku..

Ya Allah..aku menangis di saat aku merindui seseorang yang pernah aku sayang..aku menangis di saat aku di tinggalkan oleh seseorang dan aku menangis apabila aku tiada tempat mengadu sewaktu aku mempunyai cerita sedih+gembira... tetapi ya Allah...aku percaya Engkau maha mendengar n maha mengetahui apa yang hamba-Mu ini sedang lalui.. dan aku percaya di saat aku tiada tempat untuk mengadu, aku bersujud kepada-Mu..dengan menitiskan air mata..ketika aku bersujud kepada-Mu..dengan luahan itu..aku merasa lebih tenang berbanding aku meluahkan rasa yang terbuku dalam hati pada org lain..

Ya Allah...seseungguhnya hamba-Mu ini amat merindui insan yang pernah hamba-Mu ini kenal,walaupun dalam masa yang singkat...sampaikan lah rinduku ini melalui angin yang bertiup...hanya Engkau maha mengetahi betapa besar rindu ini pada nya...kadangkala alu menangis sendirian apabila mengigatkan kenangan-kenangan lampau bersamanya..aku tidak mengerti mengapa tempoh perhubungan kami amat singkat...aku seperti bermimpi..dan masih tidak percaya yang hubugan kami sudah putus..ya Allah.... mengapa semua ini terjadi dengan begitu pantas sekali??kadangkala aku masih tidak boleh menerima keadaan tersebut...tetapi..aku akur dengan apa yang berlaku... aku mengerti yang ini hanya lah ujian keci yang Engkau berikan kpdku..terima kasih Ya Allah..aku bersyukur kerana Engkau memberi aku cubaan hidup di dunia ini..kerana dengan ujian-Mu, aku lebih mendekati-Mu....terima kasih Ya Allah...

Hari demi hari aku lalui dengan keadaan yang sangat-sangat menyedihkan...hari demi hari aku mencuba untuk melupakan dirinya...tetapi sukar untuk aku melakukan..melupakannya sekelip mata..aku tidak mengerti mengapa dia perlu curang dalam perhubungan kami...sedangkan kami saling mencintai...mungkin dia bukan jodoh ku...air mata menemaniku di setiap hari-hariku...gambar kenangan kami ku imbas,ku lihat berulang kali..tetapi itu semua sudah tidak bermakna lagi..kerana dia telah bahagia bersama insan lain... Kadangkala aku cuba untuk menghubunginya..tetapi selalu gagal..mungkin dia tidak mahu diganggu oleh insan yang pernah di cintai dan dipermainkan selama ini..mungkin dia takut dengan kekasih dia yang baru pada ketika ini..

Pada saat ini, aku masih di dalam dilema,dan bertanya mengapa dia buat aku sebegini, sedangkan aku tida pernah curang dengan hubungan yang pernah kami jalinkan...mungkinkah aku ini seorang yang membosankan?mungkinkah aku seorang yang merimaskan?oh tidak..segala kemungkinan sentiasa bermain di benak permikiranku...aku tidak mengerti dengan semua ini...

Hanya mampu berdoa dan berserah segalanya kepada Allah....semoga dia bahagia bersama insan baru yang bernama kekasih..terima kasih awk...saya akan pergi jauh-jauh dari hidup awak..cuma satu nasihat saya..jangan mempersia-siakan apa yang awak ada..Allah maha agung..anytime dia boleh tarik segala-galanya dalam sekelip mata..selamat tinggal...

No comments:

Post a Comment